18 June 2011

Jangan Mengalah

Bismillah...

Sudah hampir dua minggu persoalan "Kenapa" bermain di fikiran. Dan hari ini..perkara yang aku ingin elakkan berlaku iaitu perkara yang sama terdetik pada hari pertama soalan "kenapa" ditanya kepada diri..akhirnya terjawab. Kedua-dua tangan ditadah..mulut terkumat-kamit..hanya Dia sebaik2 tempat mengadu.

Walaupun hati ini kecewa..tetapi sesungguhnya ketahuilah kalian bahawa aku tidak mahu mengalah. TEKAD yang aku pasang sejak awal..sejak pertemuan pertama itu tidak akan aku matikan begitu sahaja. Walaupun apa yang aku lihat, apa yang aku rasa boleh membuatkan aku kecewa..tapi aku tidak akan mengalah..tidak akan menyerah...untuk kali ini. YA TIDAK UNTUK KALI INI! Aku mesti kuat! Semoga usaha ini dipermudahkan Allah. Semoga apa yang aku usahakan tercapai.

.:repah:.
.:janganmudahmengalah:.




17 June 2011

p e n g a s u h


Bismillah...

Sedang2 ibu tak berapa sihat..Angah (abang ipar) mintak aku datang umah dia..jaga anak2 dorang. Perjalanan balik ke Tampin dari Melaka (keje rini..cancel AL) dibatalkan..destinasi bertukar pula ke Rembau.

First time tengok ibu mengandung (kak ET) sakit2 nak beranak. Masa sampai umah dorang..angah n kak ET sibuk2 mengemas barang2 nak bawak ke Hospital Seremban. Kejap2 kak ET rasa sakit perut n kawasan yang berkaitan. Masa kemas2..sebaik Rayyan tengah tido..mudah sikit keje mengemas barang bawak masuk kereta. Kalau tak budak kecik tu mesti dah standby masuk kereta nak ikot sama.

Tapi tah macam mana Rayyan boleh terjaga pulak..hasrat untuk terus bergerak ke hospital di tanggunhkan sehingga dia tido. Tapi sekecik tu makin segar dan aktif pulak dia. Masa kak ET rasa dia dah tak boleh tahan...maka bermulalah aksi dan drama rakyat aku..haha. Mula2 umpan dengan kamera..amik gambar dia dalam bilik..tapi tak dapat lama dia mula keluar ke ruang tamu. Gamaknya terpaksala umpan dengan coklat...bawak Rayyan ke dapur..peti ais dibuka..buat2 cari coklat dan masa itu digunakan untuk kakak dan abang ipar aku 'melarikan diri'

Bila sedar ummi dengan abi dia takde..ape lagi meraung la Rayyan. Setiap bilik dia check sambil pimpin tangan aku. Dia tinjau porch tengok kereta abi dia dah takde...lagi sedih dia.

Rayyan yang masih tak pandai bercakap tu boleh suruh aku pakai tudung...pastu cari kunci kereta aku (sebaik dah sorok). Komunikasi antara aku dan dia semua dalam bahasa dia dan aku faham.

Last2..aku switch on kipas lelaju..dukung Rayyan..walaupun tangan dia asyik mengarahkan ke pintu..aku watdek. Masa ni digunakan untuk cuba menidurkan dia..ditambah dengan kemerduan suara yang kalau masuk AF, Mentor gerenti terkeluar masa uji bakat. Alhamdulillah..walaupun tak merdu mana..tak gemersik mana suara ni..tapi bisa buat Rayyan mengantok.haha. Pemilihan melody yang penting. Lagunya?mestilah bukan lagu yang mengarut!

Hal Rayyan settle..Kak Long Tasnim pulak. Dia demam sebenarnya..tidur pon asyik terjaga. Entry ni dibuat pon semasa baru lepas bawak Kak Long buang kecil dan tuam badan dan kepala dia.

Gambar yang diambil di atas sekitar jam 5 pagi. Dan ketika ini..ummi mereka sudah selamat melahirkan adik mereka. Bertambah lagi seorang ahli keluarga. Alhamdulillah.

.:kundur:.
.:lepas ni berhenti keje bukak nursery lah:.

15 June 2011

Jangan Menyerah

Bismillah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa


Lirik OST Amanah Dalam Cinta yang kini ditayangkan kat TV3 pukul 2 petang. Aku terlayan cerita ni masa cuti jaga ibu sakit. Bagus gak liriknya..melodi pon sedap. So..layannn. haha

-desapermairepah-
-kurniakan aku kesabaran dan kekuatan Ya Allah-

11 June 2011

Bismillah...

Jom sama-sama doa ibu aku cepat sembuh. Aku baru dimaklumkan Kak Muni, ibu jatuh masuk dalam longkang kat luar rumah. Geram aku..dah malam baru nak bagitau..tak pasal2 aku sound kakak aku tu. Yela..boleh pulak dia nak ikot kehendak ibu aku tu supaya jangan bagitau anak2 lain perkara ni. Padahal kena tiga jahitan di kepala. Nak jalan payah, nak mandi, nak kencing semua payah.

Memandangkan esok (Ahad) Kak Muni dah kene balik KL..cuti sekolah dah abis. Kak muni minta aku berulang g keje dari Tampin-Melaka. Tapi. pertama dalam kepala otak..aku kene amik cuti esok. Emergency...chief Melaka, bos Shah Alam dah pun aku maklumkan. Alhamdulillah...dorang bagi kerjasama..dan benarkan aku cuti.

Ya Allah..sembuhkan ibu cepat. Aminn.

ps: Kak Et ketika ini dalam wad..kena tahan.bila2 masa bersalin..anak ketiga. Doakan semuanya selamat. Aminn.

.:lorongpandan:.
.:berisap2, kemas barang malam ni atau esok balik Tampin:.

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga