11 December 2012

R i n d u

Assalamualaikum..

Dulu kalau offday..balik Tampin. Kadang2 sebab taknak gaduh selalu..balik Tampin dua minggu sekali.
Tapi sekarang ni..jadi rindu nak gaduh-gaduh. Kalau balik pon mesti bersebab..samada nak amik dan hantar Maksu atau amik dan hantar dia. Tidur semalam je..itu pon tak sampai 24 jam di rumah. Dan seMalam tu akan digunakan peluang sebaik-baiknya untuk tidur sebelah dia..walaupun tak sempat nak gaduh-gaduh tapi cukup la dapat tidur sebelah dia..peluk dia. Sekarang ni jarang dapat balik Tampin selalu sebab offday akan ke KL..hadir kelas!

Siapa dia? Ye dia adalah IBU saya.

Biarlah kalian nak kata apa pon..sudah tua begini masih berkepit bawah ketiak mak??? Saya tidak peduli..selagi ada hayat saya..selagi ada hayat ibu. Saya tetap mahu tidur sebelah ibu jika sesekali balik kampung. Sebab kesempatan itu pasti sukar diperoleh jika sudah bergelar isteri atau kesempatan itu pasti tiada lagi jika salah seorang daripada kami 'pergi'.


Ibu sengaja membetulkan mulutnya yg senget semasa gambar ini diambil 11 tahun lalu. Apa yang kalian lihat..fizikal luaran ibu..ia adalah akibat pembedahan dijalani pada tahun 1993

.:lorongpandan:.
.:rindu:.

20 October 2012

3 Musketeers

Bismillah...

Sempat menunaikan janji kepada mereka berdua untuk pergi melarikan diri daripada dunia kerja.
Last minit planning..selepas hasrat Kak Syima mahu ke Gandah, Pahang tidak menjadi gara-gara park untuk public naik gajah ditutup. So kami ke Gopeng..satu malam sahaja. Seperti percutian di Cameron Highlands tahun lalu.
Well..this is 1 of  our trip yang best! Kembara Gua Tempurung (kembara la sangat). Dan water rafting.. sesuatu yang dah lama teringin nak cuba. Gopeng pekan kecil sahaja..menginap di Gopeng Inn selepas mengembara gua tempurung dari Melaka (transit trough BTHO, Cheras). Keesokan harinya tanpa membuat tempahan, kami ke My Gopeng Resort. dan disebabkan kami terhegeh2 sampai situ tengahari, so aktiviti white water rafting kami dijadualkan jam 2 petang. Hampir jam 7 petang kami bergerak balik.
Kesimpulannya..we enjoyed we had fun!




















14 September 2012

Week 1

Bismillah...

Kelmarin, untuk pertama kali ke kelas...sangat mengujakan. Lepas punch out jam 6 petang..terus stat enjin SLK850..destinasi mengejar cinta katanya..juga dikenali #ProjekCinta ..KLCC I'm in love! Sepanjang perjalanan dari Melaka ke KL ditemani kawan2 media. So aku memandu tanpa rasa mengantuk dek chit chat dan lawak2 mereka di dalam grup 'Roger' - WhatsApp. Tak kurang juga ramai yang menyokong belajar..belajar dan belajar lagi. Sampai ke kelas jam 7.40 malam...perasan ingat dah awal sebab kelas mula jam 8. Tapi rupanya..ramai dah datang..Dr. Hasrina yang mengajar subjek Practices of IMC (integrated marketing comm) pon dah berdiri depan kelas.

Semalam..lewat datang kelas Cik Mat (Prof Mat). Biarpun keluar rumah seawal jam 6 petang tapi gara-gara tersangkut jammed 2 jam, sudahnya 8.15 malam baru sampai. Minggu pertama dah dapat kumpulan untuk presentation. Aku kena minggu ketiga nanti..yang juga kumpulan kedua pada hari pertama presentation group.
Partner: Abg Fathi. Topik artikel: Customer Value Proposition in Business Market.

.:unknownplace:.
.:exciting:.



13 September 2012

I'm in love

Bismillah..

I think i'm in love!
Yea...saya rasa saya mula menyintainya. Harap2 cinta ini akan mekar selamanya..bukan hanya pada awalnya. Tiga tahun suatu tempoh yang agak lama..namun pejam celik pejam celik..tiga tahun itu pasti tetap singkat. Bersabarlah.

KLCC i'm in love!

.:btho:
.:projekcinta:.

11 September 2012

Bukan SUFI

Bismillah...

Aku ini banyak kelemahan diri. .
dosaku menggunung tinggi.. 
tapi aku mahon padaMu ya Rabbi..
jadikan aku hamba yang Kau redai.

.:rumahmedia:.
.:akubukansufi:.

08 September 2012

Masa berlalu

Bismillah...

Terlalu banyak perkara hendak dikongsi. Tapi masa yang singkat dan keadaan yang tidak sesuai menyebabkan blog ini bersawang untuk beberapa bulan. Pejam celik pejam celik dah bulan September. Sekejap masa berlalu.

Bulan puasa yang sibuk dengan kerja.Berbanding tahun sebelum ni..ramadan adalah paling best sebab boleh selalu sangat makan di hotel2 (jemputan khas media atau cover assignment). Tapi tahun ni lebih pelbagai tempat berbuka puasa. Berbuka puasa di highway..di kawasan rumah terbakar..antaranya. Apapun..aku gembira sebab jumlah terawih lebih banyak dari tahun lalu. Walau kadang kala tak sempat di masjid atau surau..sekurang2nya di rumah tetap buat. Harap tahun depan lebih baik lagiiiii ye cik Amirah!

Bulan puasa sibuk juga fikirkan pasal walimah kak Muni. Dengan rumah di Tampin yang baru siap renovate dua minggu sebelum raya..owhhh penat.

Seminggu sebelum puasa pula Maksu operation..breast cancer. Stage 3. Memandangkan rawatan di Hospital Mahkota..so i am the one yang tinggal di Melaka kena ambil 'tahu'. Ibu awal2 dah beri tanggungjawab itu pada aku. Paksu??? Diakan kerja di Egypt. Dan mereka tiada anak..hanya anak angkat yang belajar di sebuah maktab di Seremban.Tapi Paksu ada masa operation. Nurul anak angkat dorang pon mintak cuti untuk jaga maksu. Dan sekarang..giliran aku pula untuk bawa maksu setiap kali kimoterapi.

The words below is dedicated to Maksu. We love you!

Satu lagi yang terbaru tentang aku...saya dah kembali memegang status pelajar!Pelajar sambilan. Eeee macam tak percaya je aku sambung belajar. Integrated Marketing Communication di  USM (ala2 City Campus) di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, KL. So selepas ini..offday saya hanya untuk kelas, kimoterapi maksu dan rawatan susulan ibu di Klinik Tampin, tiga doktor HKL dan rawatan mata ibu di Hopsital Melaka. Sesiapa nak dating dengan saya..sila booking awal!!! hahahaha. Owh baru teringat..aku belum ambil result MRI ibu di Hospital Melaka...adeiiiii. Isnin nanti jela gamaknya.

Moh le kite sambung belajar!

Lagi satu...sifu fotografi saya sudah kahwin. Selamat pengantin baru kepada sahabatku fairuz dan isterinya fariza. Kenal fairuz atau mr.firuz ni melalui seorang kawan di Yahoo Messenger..awal tahun 2008 kalau tak silap. Terima kasih fairuz..sebab banyak tolong lebih2 lagi bagi semangat kepada saya seorang perempuan yang pakai tudung besar untuk tidak takut pegang kamera! Hahaha. Terima kasih juga sebab dah perkenalkan saya dengan forum FMDC...bertambah kengkawan dalam bidang ni.

Kedua-duanya lawa.



.:pantasberlalu:.
.:lorongpandan:.

11 July 2012

Pertemuan itu

Bismillah...


Tak pernah terlintas di benakku 
Saat pertama kita bertemu 
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah 
Harum dan merekah


Tulus hatimu buka mataku 
Tegar jiwamu hapus raguku 
Memboncah di hati harapan dan suci 
Menyatukan janji


Bunga-bunga cinta indah bersemi 
Diantara harap pinta padanya 
Tuhan tautkanlah cinta di hati 
Berpadu indah dalam mihrab cinta

~sekadar lirik dalam cerita Dalam Mihrab Cinta bertajuk Bunga-bunga Cinta


.:rumahmedia:.
.:cinta itu fitrah:.

16 June 2012

Bersatu akhirnya

Bismillah...





Ni pertama kali buat post wedding. Outdoor takde gara-gara pengantin tiada masa..hari kenduri sibuk layan2 kengkawan dorang. Tak kesah la..nak kira apa sangat..dorang ni sepupu aku. Ayong adalah owner rumah yang aku duduk sekarang di Melaka. Dia pon selama ini tak berkira dengan aku..so kenapa perlu aku berkira dengan dia..kan kan. Tolong mana yang boleh.
Alhamdulillah..ayong bernikah. Pada usia 35 tahun..dengan seorang duda anak 1. Dua-dua cantik n handsome. Bak kata ibu aku..lawa suami ayong..haha.
Kisah mereka berdua ni menarik..bukan senang nak dapat Ayong ni. Walaupun abg Roslie (suaminya) bagi bunga kat Hospital Kuantan tu..boleh kata hampir tiap hari bekerja tapi tetap tak mampu nak cairkan hati Ayong. Tapi..kalau dah jodoh takkan ke mana. Abg Roslie memang tulus n bersungguh-sungguh. Banyak kali Ayong buat sunat hajat, istikarah..dan suatu hari hatinya terbuka untuk menerima si peguam ni.

.:melakaraya:.
.:akhirnya bersatu:.

12 June 2012

Port lepas gian

Bismillah...

Genap sebulan pada kali terakhir post di blog ini. Sekadar mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini.

Mendapat sms dari informer seawal jam 7 pagi..memaklumkan mengenai operasi Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Udang, berhampiran Penjara Sungai Udang.
Menunggu dan menunggu..bosan di kedai mamak kemudian bertukar ke kedai makan melayu. Gara-gara tunggu q untuk masuk ke dalam port.

Sudahnya jam 12 tengah hari baru masuk dalam ladang. Tunggu punya tunggu..dapat juga shoot aksi..Walaupun tangkapan tak banyak mana 'barang' pon hanya sepeket tapi dapat gak merakam gambar penagih melarikan diri menunggang motosikal daripada dicekup menambahkan lagi pengalaman di alam pekerjaan yang sangat disukai ini.

Selesai di ladang..bergerak pula ke balai polis..macam biasa..dapatkan maklumat penuh.

Di bawah adalah gambar rakan-rakan media (tv dan suratkhabar).







.:melakaraya:.
.:dah lama tak join narkotik buat serbuan:.

12 May 2012

I am back

Bismillah...

Hampir dua bulan tidak menjenguk blog dan membiarkan ia tanpa apa-apa hidangan. Dan sama sekali tidak berniat untuk menghilang diri terus dari dunia blog. Cuma untuk seketika, tindakan itu wajar diambil. Sebabnya..biarlah saya sendiri dan beberapa orang yang dimaklumkan sahaja yang tahu.

Pendek cerita..i'm back!


.:kundur:.
.:kembali mengisi masa meluahkan perasaan apa yang digambar di dalam hati, apa yang terukir di minda:.

21 January 2012

A T O K

Bismillah...

Terimalah..my first post of 2012.


Gambar yang kalian lihat di atas diambil ketika sambut hari lahir atok.
Last minit plan sebenarnya. Kebetulan lima hari sebelum hari kejadian..aku bawak atok g keluar dan masa tu kebetulan nampak tarikh lahir atok pada IC dia. Melalui Facebook..aku maklumkan sanak saudara terutama cucu2. Tiada paksaan..siapa2 yang ada masa boleh balik kampung raikan atok yang dah berusia 90 tahun.
Inilah atok yang pernah jadi ibu dan juga ayah aku suatu ketika dahulu. Atok yang menjaga dan membela aku dan kak Muni saat ibu terlantar di HKL hampir setahun akibat Brain Tumor. Ajal maut, lanjut usia..semua itu ditentukanNya..Alhamdulillah...atok berumur panjang (seperti ibu yang menghidap tumor - Alhamdulillah..masih bernafas).

Maka sudah tentu kalian boleh faham kenapa aku pernah sebut dan cerita atok sebelah ibu sebelum ini..tapi jarang sangat nak menyebut pasal atok sebelah ayah yang dah jadi arwah. Ketika darjah dua..atok dan wan (arwah) yang jaga..bela aku dan kak Muni. Lepas wan sakit..atok sering ke hospital. Paklong dan Maklong (abang dan kakak ipar ibu) yang prihatin kemudian mengambil alih tugas menjaga aku dan kak Muni. Selepas wan meninggal pada Oktober - aku darjah dua, atok kembali mahu menjaga aku dan kak muni. Dari aku darjah tiga hingga aku tamat tamat darjah empat..aku tinggal dengan atok. Menu telur dah jadi wajib - dulu cukup suka dengan telor goreng. Atok juga ada masak yang lain..sambal2 dan masakan mudah yang lain. Tapi selalunya atok hanya beli lauk. Tapi tu aku tak peduli..sekurang2nya..atok yang dah jadi duda ketika itu mahu menjaga aku, memberi makan aku, membawa aku ke klinik jika sakit, menghantar ke sekolah dan menjemput dari sekolah naik moto.

Masa tiba di kampung (masa nak celebrate birthday atok)..atok ternampak kek yang aku bawa (kek boli yo..tak sompek la nak buek). Lepas dia tanya apa yang aku bawa..aku terus wish dan atok cakap sambil senyum terharu.."tak pernah do orang sambut hari jadi atok".
Masa nak balik semula ke Melaka petang tu..masa salam atok..atok cakap "terima kasih buat ni semua" aku senyum. Dan aku juga lihat senyuman atok dan air mata atok yang bergenang di dalam mata.

Untuk atok: Amy doakan semoga atok sihat..tak domam2. Buleh bejalan..lopeh tu kito buleh poie pokan Rembau..Tampin lagi. Nanti Amy boleh bawak atok gunting rambut lagi.

.:lorongpandan:.
.:dia atok saya:.

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga