14 August 2011

Jelajah Kebajikan KEMM

Bismillah...


Jelajah Kabjikan KEMM’ anjuran Kelab Media Massa Melaka (KEMM) yang diadakan pada 7 Ogos lalu sempena bulan Ramadan dan kemerdekaan. Program membabitkan penyerahan bantuan berupa makanan dan wang kepada Ahli KEMM yang uzur dan rumah anak-anak yatim serta rumah orang-orang tua di sekitar daerah Jasin dan Melaka Tengah. Kira-kira seramai 120 orang terlibat termasuk Ahli KEMM, pegawai dan anggota polis Bahagian Trafik Jasin dan Melaka Tengah dan Ahli Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Melaka/Johor.



Sebahagian bikes yang menyertai konvoi 'Jelajah Kebajikan KEMM

.:lorongpandan:.
.:antara konvoi yang best:.

01 August 2011

Ramadan menjengah kembali

Bismillah...


Alhamdulillah…ramadan kariim menjengah lagi. Dan sekali lagi kita masih berkesempatan menghayati dan diberi peluang untuk memanfaatkannya. Sejak menyertai dunia kewartawanan, susah sekali untuk penuh terawih yang datang hanya sekali setahun selama sebulan. Sudahlah orang perempuan diberi kelonggaran Allah untuk tidak bersolat apabila sampai masanya pada setiap bulan, ditambah pula dengan ponteng apabila penat, banyak mana la terawih yang dibuat. Itu baru terawih, amalan seperti tadarus al-quran serta amalan sunat yang lain…yang sepatutnya banyak dilakukan dalam ramadan juga tak dibuat2. Nampak sangat kita mudah kalah dengan permainan dunia kan kan? Amirah! Amirah! Rebutkan apa yang ada dalam ramadan Amirah..rebutlah kelebihan yang ada dalam ramadan Amirah..rebutlah ganjaran dan pahala yang ada dalam ramadan Amirah.


Semoga Amirah mendahulukan amalan baik bekalan akhirat yang sepatut direbut, daripada amalan baik hanya berbentuk duniawi semata-mata. Dan tetapkanlah pendirian Amirah dalam perkara2 kebaikan. Aminn.


.:lorong pandan:.
.:anggap ini ramadan terakhir:.

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga