Last entry pada Ogos..tup tup hari ni dah 1 Januari...tahun yang berbeza. Owh cepat sangat masa berlalu.
Saya tetap macam ni...seorang anak, seorang pekerja, seorang pelajar separuh masa.
Masih dengan Sinar Harian? Ya..selagi tiada sebab lain, insyaallah saya akan cuba pertahankan bekerja di sini.
Gambar print screen di atas adalah sebab kenapa saya masih lagi di Sinar Harian. Walaupun gaji tidak sehebat company lain yang pastinya saya boleh dapat dua kali ganda. Tapi gaji bukanlah faktor utama setakat ini..sejiwa..itu mungkin perkataan yang lebih sesuai. Tetapi saya tidak pernah menjadikan wartawan adalah pekerjaan sampai bila2. Ia boleh berubah mengikut keadaan.
Masih belum habis study? Ya, saya memperuntukkan tempoh maksima tiga tahun untuk saya habiskan sarjana. Ini bermakna 2015 baru habis. Setakat ini..itulah perancangannya..namun perancangan ini boleh berubah sekiranya hmm...sekiranya saya diberi rezeki untuk mendirikan rumah tangga (mungkin) dan bakal suami minta/suami minta pengajian segera habis (mungkin). Jika tidak..saya akan tetap dengan perancangan asal..tiga tahun untuk sarjana. Lamakan? Takpa..tiada apa-apa sebab untuk saya rushing.
So, selamat tahun baharu 2014. Saya tiada azam baharu. Matlamat hidup saya akan dipertingkatkan dan diperbaharui hanya pada 15 Syaaban.



