21 May 2011

j e r u k

Bismillah...

Tajuk jeruk tiada kena mengena dengan jeruk yang aku tak berapa suka nak makan (makan sikit boleh la). Tapi jeruk dipilih sebagai tajuk sebab selepas lebih setengah bulan aku MENJERUK HATI dan perasaan akhirnya update jua blog ni. Untuk pertama kali dalam bulan yang sepatutnya setiap hari aku update blog kerana bulan ini adalah my month of the year..Mei! Yeah bulan kelahiran la katakan..bulan sepatutnya aku happy..bulan sepatutnya aku rajin update blog macam tahun lepas..tapi hanya kerana aku merajuk..mood takde nak updade blog. Aku merajuk dengan ahli keluarga yang tak sorang pon wish my birthday. Kenapa aku nak sangat mereka wish..biarlah aku sorang je tau.

Dan hari ni aku update selepas tiga hari aku balik dari Tampin..dah lama tak balik jenguk ibu dan ayah. Dan sempat juga aku buat sesuatu yang dah lama tak buat. Moist Chocolate Cake!
Aku call semua adik beradik suh balik..tapi yang boleh balik hanya kak ET.

kak et: ha elok la ko buat..rayyan dari hari tu sebut2 nak kek.

Sangat seronok bila melihat seisi rumah gembira menikmati kek yang tak seberapa tu..lagi2 anak2 buah aku Kak Long Tasnim dan Abang Ngah Rayyan.

Ibu: Ko tak yah la buh topping tu..
Aku: Apsal lak?
Ibu: Dah tinggal sikit tu..ibu dah makan malam tadi.
hahaha...ibu2 aku curi2 makan masa kitorang tidur..sabar jela..haha.

Tapi aku taruk jugak topping selepas subuh. Dan menyebabkan anak2 bauh tak pasal2 breakfast dengan kek.







26 April 2011

Satukanlah

Bismillah...

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu, MAKA ERATKANLAH YA ALLAH AKAN IKATANNYA.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya, penuhkan hati ini dengan cahaya rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.

Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. (jika engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah..perkenankanlah permintaan ini. Amin..amin ya rabbal'alamin.

.:rumahmedia:.
.:satuhkanlah hati-hati kami:.

20 April 2011

k e r j a

Bismillah...

Hari ni serabut aku dibuatnya. Kene pergi hospital...interview keluarga mangsa bunuh. Tapi disebabkan hujan yang lebat...niat untuk keluar bekerja awal terbantut. Sudahnya pukul 11 baru sampai di perkarangan bilik mayat. Sampai2 je..aku nampak kengkawan media dah nak balik. Then follow dorang 'cari makan' kat warung depan hospital. Sejuk2 ni..dua keping roti canai kosong aku bedal. Tengah2 makan, dapat call dari anggota JPAM (Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia), bagitau depan pejabat dorang banjir kilat (kalau dah depan pejabat dorang, bermakna depan pejabat aku di Rumah Media Melaka tula). Kepadanya aku katakan akan sampai selepas kerja di hospital selesai. (kerja la sangat..padahal..tengah makan...kerja makan).

Selama ni..aku dapat mengelak cover kes banjir atau banjir kilat. Tapi kali ni...sampaikan hincik Hisyam JPAM contact dua kali..memang aku tak boleh elak dah la...nanti lepas2 ni payah pulak dapat info daripada dia kalau ada accident. Dengan baju kurung dan sweater aku memandu SLK ke MITC, Ayer Keroh. Dalam hati duk menyumpah diri...kenapa la tadi tak pakai seluar panjang atau standby seluar dan t-shirt labuh dalam kereta..padahal dah terdetik di hati..cuma degil takmo ikot cakap hati. Padan muka!

Sampai kat sana...hujan renyai2. Kamera boleh sorok dalam sweater tapi kena pasrah la kain baju kurung dan stokin basah. Tetiba aku teringat kata-kata Ustazah Ain (isteri warden n cikgu Add Math masa kat sek dulu) "setakat stokin basah, kotor...boleh basuh, kalau dosa? mana boleh basuh macam tu je". Yup...kata-kata tu aku simpan baik2 dalam kepala otak, semat baik2 dalam hati supaya hati tidak terus berbolak-balik setiap kali terdengar bisikan menyuruh untuk menanggalkan stokin kaki.

Berbalik kepada kisah tadi, ketika sedang beraksi mengambil gambar dengan pelbagai komposisi, aku ternampak Tok Ali buat lawatan di kawasan yang sama. Ape lagi..shoot la apa yang patut. Tok Ali pulak kemain ghairah die rakam video menggunakan iPhone 4 nya itu.

Selesai keje..dalam fikiran..nak balik rumah...ganti pakaian. Tapi aku sempat singgah kejap mahkamah untuk risik kalau-kalau ada story menarik. Hasilnya..hampa. 'Kering' (takda story) aku hari ni.

Duk sibuk ketuk story banjir kilat..chief aku, Kak Che'ah minta aku cover PC Meeting Ecxo di Seri Negeri jam 5 petang. Aku ada kira-kira 45 minit ketika itu. Nak call Daud (S/U Akhbar Tok Ali)...line phone pulak kene barred (time ni pulak la kene barred..adoyai). Lepas asar baru gerak keluar dari rumah. Agak lambat jugak la...tapi aku relax lagi..malas nak terkejar-kejar sebab bukan boleh percaya sangat..kebiasaannya mesti lambat abis meeting. Sampai Seri Negeri, aku terus naik ke tingkat 4..menempatkan pejabat Tok Ali. Suasana sepi (yelah dah lepas waktu kerja...ramai yang dah balik). Pastu terserempak dengan seorang staff kat situ..then baru aku tahu meeting cancel. Hahaha..nasib badan. Kalau tahu takda meeting Exco tadi..mesti aku dah pergi bayar bil telefon. Sabar Amirah...sabar.

Dalam pada tengah duk menaip entry ni..aku terdengar bunyi siren JPAM. "Kat mana pulak ada accident nih" (merungut2..telefon pejabat aku capai..telefon hincik Hisyam). "Accident moto dengan kereta di Taman Merak Mas, Bukit Katil". Adoyai malasnya nak g..aku dah ada perancangan nak ke Maxis Center lepas ni. Tapi sebabkan Abg Meor (Metro) dan Abg Rasul (NSTP) dah call suruh pergi..nak tak nak..bergeraklah aku. Dorang mintak tolong aku pergi dulu dengan alasan..office aku lebih dekat dengan tempat kemalangan. Dengan langkah sederhana..aku menuju surau (sembahyang maghrib dulu daaa). Lepas tu aku bergegas capai beg..kunci pejabat..dan pastinya selepas itu memandu macam tak cukup tanah..macam lipas kudung. Tapi lepas dapat sms dari Abg Rosli (Kosmo) "Takyah pergi..takde mati"..aku senyum lebau. Terus perlahankan kereta..memandu menuju Mahkota Parade!...bayar bill telefon.



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rutsam merakan keadaan banjir kilat menggunakan telefon bimbit ketika lawatan mengejutnya di kawasan Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini, semalam.


Salah seorang pekerja Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ketika melakukan kerja-kerja pembersihan saliran air dan perparitan yang tersumbat hingga menyebabkan berlakunya banjir kilat di MITC.

p/s: rajin pulak aku taip panjang2 ni ek? Layannnn...

.:rumahmediamelaka:.
.:macamni la kerja saya sedikit sebanyak:.

18 April 2011

k i u t [comel]

Bismillah...


Suatu hari...mendapat panggilan telefon dari Kak Et..untuk beberapa seketika..telefon di sebelah sana beralih tangan.

Tasnim: Maksu...ni kak Long ni..

Aku: Ye kak Long (dah tentu la aku tahu die bercakap...tapi ni cakap ngan budak2..so layan aja). Kak long sihat? Dah makan?

Tasnim: Kak long batuk dengan selseme ni.

Aku: Camne boleh batuk dengan selsema pulak ni?

Tasnim: Sebab Kak Long minum air batu (air sejuk + ais)

Aku: Laaa..kan Kak Long tak boleh minum air batu..tengok apa dah jadi?

Tasnim: Erm..kak Long...kak Long..err

Aku: Hari tu main bola jaring macam mana? Menang tak? (aku potong cakap kak Long yang dah tergagap-gagap tu)

Tasnim: Kak Long tak menang...pastu Kak Long nangis.

Aku: Hahaha (boleh pulak aku gelakkan sikecik tu). Apsal Kak Long nangis pulak? Kak Long nak terror..Kak Long belajar ngan Uwan (mak aku yang bermaksud nenek tasnim). Uwan dulu terror main bola jaring tau.

Tasnim: Kak Long nangis sebab (kedengan suara Umu Tasnim iaitu kakak aku di belakang). Maksu...tak boleh cakap lama2 ni..nanti kredit habis.

Dan kerana..aku sedang melakukan sesuatu..aku simpan dulu hasrat untuk call back Tasnim. Bila jumpa kat Tampin..bercerita la Umu Tasnim pasal Hari Sukan Pasti. Rugi rasa tak dapat datang masa Kak Et inform pasal hari sukan ni. Pasti seronok melihat kanak-kanak bermain bola jaring. Kak Long Tasnim jadi GS (goal shooter) tu. Tengok kanak-kanak lelaki main bola sepak..ada yang berlagak hero..siap boleh wrestling dalam padang. What a 'kiut' scene!

.:lorongpandan:.
.:mood kiut..teringat anak buah.tak sabar tunggu bulan Jun..kedatangan ahli baru:.

06 April 2011

j a u h

Bismillah...

~Lorong Pandan, Melaka~
Biarpun jauh..jangan diberi semua..cukuplah sebahagian.


Kadangkala saya terfikir..
Saya mahu menjadi seorang perempuan aneh..
walaupun saya mampu didekati tapi kalian akan berasa asing.
Terasa saya mudah didekati dan berasa rasa saya dekat walaupun pada hakikatnya saya selalu jauh dan menjauhkan diri.
Jauh kerana syariat yang dibajai supaya menjadi benteng yang paling utuh untuk memelihara diri sebagai perempuan. (Ya Allah...andai ini sentiasa dapat aku praktiskan...)

.:lorongpandan:.
.:percayalah..nampak seperti telah semua diberitahu walhal banyak lagi yang disembunyikan:.

03 April 2011

b a r u

Bismillah...

Akhirnya ke gelanggang futsal juga aku setelah dari pagi kak khaty (isteri kepada abg gaie: jurufoto Utusan) menelefon bertanya tentang kehadiran, berbincang mengenai masa dan lokasi. Bersungguh2 dia follow up dengan kawan2 (pegawai pemasaran memang biasa begitu kan). Last2 yang boleh main hanya enam orang termasuk aku..hahaha. Jadilah untuk permulaan. Main passing2 bola jela. Best memang best la! Aku bukannya tak tahu main...boleh la cuma tak hebat..haha. Dah lama kot aku tak bersukan. Ping pong, bola tampar, badminton, bola jaring...semua tu dah lama sangat tinggalkan. Teringat zaman sekolah..nak main hoki ibu tak bagi. Terpaksa pulangkan kayu hoki sekolah. Walhal hati dah cair sebab kene pujuk dengan cikgu..haha. Kalau ada pon sukan yang agak selalu aku main sejak bekerja sebagai wartwawan cuma boling...yang tak langung mengeluarkan peluh!

Aku sampai lambat kat..cari tempat tak jumpa daa. Melilau aku dengan kak izan tawaf kawasan. Punya la scarry tempat tu..gelap. Janji pukul 9..sudahnya dekat 9.30 baru aku ngan kak izan muncul. Ada satu gelanggang sedang digunakan dan empat baki tiada pemain. Kesempatan itu digunakan kengkawan aku untuk minta kat pengurusan gelanggang paling jauh dari orang...segan ar! Teringat kak khaty cerita masa explain kat aku dengan gaya tangannya dan mimik mukanya yang comel!

"Kitoorang ni baaaaru 1st time nak main tau. Kitorang ni memang tak pandai nak main tau..so boleh tak bagi ktorang gelanggang jauuuh dari orang2 lelaki ni"

Maka bermainlah kami dengan hati yang suka dan girang tanpa menghirau kaum adam yang nun jauh di sana. Kalau adapon lelaki yang dekat ngan kitorang pon adalah Abng Gaie, suami kak Khaty yang tengah main dengan anak mereka yang bernama AMIRAH..i likeeee nama anak dorang!

Dekat pukul 10.30..dah mula ramai datang. Ada juga nampak sekumpulan wanita..dengan baju dan seluar fit..memang dah pro ar tuh main futsal kot. Selepas sejam main...aku main peranan kutip duit..sorang RM15 untuk bayar gelanggang RM80. Sampai dikaunter aku terus sebut nama badrul. Sebab kami booked atas nama abang bad (wartawan Berita Harian) dan mamat tu pon kata "yang semua perempuan main tu ek?..tujuh puluh!" Wah..perempuan main lebih murah dari lelaki ek? Ok la tu...duit baki..simpan untuk game akan datang.

Sepanjang memandu pergi singgah minum dan balik ke rumah..betis sakit seh! Aku dah terbayangkan..tak boleh bangun tidur gara2 sakit kaki. Tapi alhamdulillah...itu tak terjadi. Insyaallah..akan ada next game!

.:lorongpandan:.
.:futsal perkara baru dalam hidup:.

02 April 2011

p r i n s i p

Bismillah...


Selama ni..aku memang sangat tidak kesah lelaki main bola sepak. Tapi...sangat kesah kalau perempuan main bola sepak. Mungkin sebab dah diserap dalam pemikiran aku dari kecik lagi bahawa perempuan tak elok main bola sepak. Yela...macam jantan...dok sepak sana sepak sini. Langgar sana langgar sini. Terguling sana terguling sini. Yea..walau aku jenis tahan kasar tapi sejak pemikiran konservertif itu ditanam dalam diri aku..aku langsung tidak menyukai melihat wanita bermain bola sepak. Tapi bab menonton bola sepak samada di televisyen atau stadium..aku tidak pernah tidak bersetuju. Tengoklah..asalkan bukan perempuan yang main. Huh..sungguh konservatif kan? Tapi tula..dorang ni main..pakai seluar pendek...sangat tidak bagus! haha.

Sekarang ni...futsal lebih famous dari bola sepak. Ada saja penganjuran futsal...bersepah2. Padang lebih kecil...pemainnya pun lebih sedikit berbanding permainan bola sepak. Dek kerana semangat kak khaty yang menggunung untuk beriadah bersama Wanita Media Melaka...aku terikut main sama. Habis aku langgar prinsip selama ini..dengan alasan..futsal lebih ok berbanding bola sepak. Bila fikir2 semula..alasan aku memang tak boleh diterima untuk membolehkan aku melanggar prinsip. Tapi..dek kerana cuba membantu seorang rakan yang hendak berhenti merokok..aku turutkan juga ke gelanggang futsal. Mau amalkan hidup sihat katanya. Mahu kurangkan menghisap rokok mungkin sekali sehari dan kemudian berhenti terus katanya. Dan katanya..futsal boleh membantu diri dia. Dan kenapa tidak aku ketepikan dahulu prinsip aku demi untuk melihat dia tidak lagi mengambil rokok yang sangat aku benci itu kan?!


.:lorongpandan:.
.:ada yang kata prinsip boleh diubah mengikut keadaan:.

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga