22 September 2011

M a s t e r

Bismillah...

Baru-baru ni..ibu suruh sambung study gara-gara aku tak kawin2 lagi..hahaha. Alasan itu memang tak bleh angkat seh. Kalau ibu nak sponsor..apa salahnya ye dak?? Tapi aku demand sikit la..nak sambung kat oversea nun. Nak bawa diri..bawa hati yang lara. ecececeh..lara la konon.

So..sekarang dah mula riki2 lokasi dan program yang hendak diambil. Bila nak sambung tak confirm lagi. Biar masa yang menentukan. Seperti biasa riki2 dulu...bila rezeki depan mata..rembat jelah..hehe.

Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan..memandangkan ibu sering buat follow up check up di HKL so rasa macam susah je nak sambung kat overseas hatta duduk bekerja di overseas..selagi belum berkahwin. (Ibu pernah kata..kalau dah kawin kene la ikot mana suami pergi.so gamaknya kene la duk dekat2 dengan ibu selagi belum kawin ni). Kawin ke tak kawin ke..itu belakang kira. Payah nak plan bab kawin ni sebab melibatkan orang lain yang digelar lelaki..kekeke.

Perancangan hidup selepas umur 25 tahun..nampak gayanya tak menjadi. So aku dah kene rangka plan baru. Aku tak tahu..kalian biasa atau tidak buat plan hidup..tapi aku dah mula rangka kehidupan aku ketika usia 16 tahun. Apa yang aku inginkan sehingga 25 tahun..setakat ini menjadi. Bagaimanapun beberapa perancangan selepas umur 25 tahun..ada yang tak menjadi..pendek cerita..Allah tak izinkan. Mungkin kerana tak berusaha bersungguh2 kot.

Full time ke..part time ke. Dalam Malaysia ke..luar Malaysia ke. Tahun depan ke..dua tahun depan ke..semua tu tak leh nak pilih lagi. Semoga amirah diberikan pertunjuk dan dipermudahkan dalam membuat keputusan. Amin.

.:lorongpandan:.
.:Jika tidak 'menjadi' bermakna tidak diizinkanNya:.

No comments:

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga