28 August 2013

Kehilangan

Bismillah...

Seorang rakan media..chinese..dia kehilangan bapanya. Akibat kanser. Serius aku faham apa yang dia rasai. Kami boleh faham each other because kita ada persamaan..menjaga orang sakit..orang yang dekat..orang yang dikasihi disayangi. Pengalaman pernah menjaga atok yang sakit..ibu juga..malah terkini, Maksu. Sakit atok sekadar sakit tua..namun begitu melayan kehendakknya..kemahuan tekaknya..ia menuntut kesabaran. Ibu pula dengan Tumor Brain dan Maksu..kanser. Allahurabbi..sesungguhnya aku tidak mahu mengeluh setiap kali membantu mereka..sebab aku mahukan ia sebagai ibadah. Biar aku hanya anak bongsu kepada ibu..anak buah kepada Maksu..cucu kepada atok..namun dalam setiap doa aku mengharapkan keihklasan dalam setiap kebaikan dilakukan.
Apabila mendapat tahu kematian ayah kawan aku..aku jadi teringat kata-katanya tempoh hari.."I tak bersedia untuk kehilangan orang yang I sayang..yang I jaga setiap hari..yang I suapkan makan..yang I mandikan..yang I hantarkan ke hospital..I buat everything! Kalau dia pergi..I tak dapat buat tu semua lagi". Tidak sampai seminggu kata-katanya itu..ayahnya pergi selama-lamanya. Allison..you really a good friend..among non-Muslim friends who can understand about Islam..try to understand about my religion. Malah kata2 you juga sering seperti seorang Muslim. I doakan moga you memilih hidayah yang ada didepanmu Ally.

.:LorongPandan:.
:.Mati itu pasti:.


No comments:

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga