06 April 2011

j a u h

Bismillah...

~Lorong Pandan, Melaka~
Biarpun jauh..jangan diberi semua..cukuplah sebahagian.


Kadangkala saya terfikir..
Saya mahu menjadi seorang perempuan aneh..
walaupun saya mampu didekati tapi kalian akan berasa asing.
Terasa saya mudah didekati dan berasa rasa saya dekat walaupun pada hakikatnya saya selalu jauh dan menjauhkan diri.
Jauh kerana syariat yang dibajai supaya menjadi benteng yang paling utuh untuk memelihara diri sebagai perempuan. (Ya Allah...andai ini sentiasa dapat aku praktiskan...)

.:lorongpandan:.
.:percayalah..nampak seperti telah semua diberitahu walhal banyak lagi yang disembunyikan:.

03 April 2011

b a r u

Bismillah...

Akhirnya ke gelanggang futsal juga aku setelah dari pagi kak khaty (isteri kepada abg gaie: jurufoto Utusan) menelefon bertanya tentang kehadiran, berbincang mengenai masa dan lokasi. Bersungguh2 dia follow up dengan kawan2 (pegawai pemasaran memang biasa begitu kan). Last2 yang boleh main hanya enam orang termasuk aku..hahaha. Jadilah untuk permulaan. Main passing2 bola jela. Best memang best la! Aku bukannya tak tahu main...boleh la cuma tak hebat..haha. Dah lama kot aku tak bersukan. Ping pong, bola tampar, badminton, bola jaring...semua tu dah lama sangat tinggalkan. Teringat zaman sekolah..nak main hoki ibu tak bagi. Terpaksa pulangkan kayu hoki sekolah. Walhal hati dah cair sebab kene pujuk dengan cikgu..haha. Kalau ada pon sukan yang agak selalu aku main sejak bekerja sebagai wartwawan cuma boling...yang tak langung mengeluarkan peluh!

Aku sampai lambat kat..cari tempat tak jumpa daa. Melilau aku dengan kak izan tawaf kawasan. Punya la scarry tempat tu..gelap. Janji pukul 9..sudahnya dekat 9.30 baru aku ngan kak izan muncul. Ada satu gelanggang sedang digunakan dan empat baki tiada pemain. Kesempatan itu digunakan kengkawan aku untuk minta kat pengurusan gelanggang paling jauh dari orang...segan ar! Teringat kak khaty cerita masa explain kat aku dengan gaya tangannya dan mimik mukanya yang comel!

"Kitoorang ni baaaaru 1st time nak main tau. Kitorang ni memang tak pandai nak main tau..so boleh tak bagi ktorang gelanggang jauuuh dari orang2 lelaki ni"

Maka bermainlah kami dengan hati yang suka dan girang tanpa menghirau kaum adam yang nun jauh di sana. Kalau adapon lelaki yang dekat ngan kitorang pon adalah Abng Gaie, suami kak Khaty yang tengah main dengan anak mereka yang bernama AMIRAH..i likeeee nama anak dorang!

Dekat pukul 10.30..dah mula ramai datang. Ada juga nampak sekumpulan wanita..dengan baju dan seluar fit..memang dah pro ar tuh main futsal kot. Selepas sejam main...aku main peranan kutip duit..sorang RM15 untuk bayar gelanggang RM80. Sampai dikaunter aku terus sebut nama badrul. Sebab kami booked atas nama abang bad (wartawan Berita Harian) dan mamat tu pon kata "yang semua perempuan main tu ek?..tujuh puluh!" Wah..perempuan main lebih murah dari lelaki ek? Ok la tu...duit baki..simpan untuk game akan datang.

Sepanjang memandu pergi singgah minum dan balik ke rumah..betis sakit seh! Aku dah terbayangkan..tak boleh bangun tidur gara2 sakit kaki. Tapi alhamdulillah...itu tak terjadi. Insyaallah..akan ada next game!

.:lorongpandan:.
.:futsal perkara baru dalam hidup:.

02 April 2011

p r i n s i p

Bismillah...


Selama ni..aku memang sangat tidak kesah lelaki main bola sepak. Tapi...sangat kesah kalau perempuan main bola sepak. Mungkin sebab dah diserap dalam pemikiran aku dari kecik lagi bahawa perempuan tak elok main bola sepak. Yela...macam jantan...dok sepak sana sepak sini. Langgar sana langgar sini. Terguling sana terguling sini. Yea..walau aku jenis tahan kasar tapi sejak pemikiran konservertif itu ditanam dalam diri aku..aku langsung tidak menyukai melihat wanita bermain bola sepak. Tapi bab menonton bola sepak samada di televisyen atau stadium..aku tidak pernah tidak bersetuju. Tengoklah..asalkan bukan perempuan yang main. Huh..sungguh konservatif kan? Tapi tula..dorang ni main..pakai seluar pendek...sangat tidak bagus! haha.

Sekarang ni...futsal lebih famous dari bola sepak. Ada saja penganjuran futsal...bersepah2. Padang lebih kecil...pemainnya pun lebih sedikit berbanding permainan bola sepak. Dek kerana semangat kak khaty yang menggunung untuk beriadah bersama Wanita Media Melaka...aku terikut main sama. Habis aku langgar prinsip selama ini..dengan alasan..futsal lebih ok berbanding bola sepak. Bila fikir2 semula..alasan aku memang tak boleh diterima untuk membolehkan aku melanggar prinsip. Tapi..dek kerana cuba membantu seorang rakan yang hendak berhenti merokok..aku turutkan juga ke gelanggang futsal. Mau amalkan hidup sihat katanya. Mahu kurangkan menghisap rokok mungkin sekali sehari dan kemudian berhenti terus katanya. Dan katanya..futsal boleh membantu diri dia. Dan kenapa tidak aku ketepikan dahulu prinsip aku demi untuk melihat dia tidak lagi mengambil rokok yang sangat aku benci itu kan?!


.:lorongpandan:.
.:ada yang kata prinsip boleh diubah mengikut keadaan:.

01 April 2011

p e n d a m

Bismillah...

~Tanjung Tuan, PD~
Biarkan ia terus disimpan sehingga layu dan teruslah bersendu kerna itu yang termampu.


Huh! Penatnya memendam rasa.
Bila rasa terpendam...lambat laun apa yang diingini pasti pergi dan berlalu begitu sahaja. Berlalu sebelum sempat hasrat terluah.
Maafkan aku diriku..kerana membuat aku berasa aku tidak layak untuk rasa bahagia, kerana membuat aku tidak memiliki apa yang aku mahukan.
Hanya kerana membiarkan diriku ini akhirnya terus menyimpan rasa itu di balik kalbu.
Pendamlah..pendamlah..biarlah seribu tahun pun..jika aku masih hidup..apa yang aku mahukan tetap tidak akan diperoleh jika diri ini aku biarkan terus memendam rasa.

.:lorongpandan:.
.:aku mudah meluahkan apa yang dirasa tapi sukar jika ia berkait dengan hati.maafkan aku diriku:.

25 March 2011

.............

Bismillah...

Mesyuarat tahunan Kelab Media Massa Melaka (KEMM) tamat hampir jam 2 pagi. Gilosh! Sepatut start pukul 8 tapi start lambat sebab tunggu YB datang rasmi tak sampai2. Sebaik bagi makan..kalau tak muka semua mesti berlapis...haha. Dalam meeting aku lebih sibuk main game kat Ipod Touch milik Abang Faisal. Tula keje aku kalau jumpa abg fesal...takkan lepaskan peluang pinjam harta dunia dia tuh.

Nak cerita pasal pemilihan sebenarnya. Undian perlantikan AJK Tertinggi KEMM (YDP, TYDP, S/U, T. S/U dan Bendahari) penuh dengan konspirasi menjatuhkan dan menaikkan seseorang. Yang paling tak best tang jawatan bendahari...sebab akulah orangnya. Sabor jela dengan dorang ni. Menang tanpa bertanding bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Komitmen yang perlu menjadi isu. Dua tahun tuh nak kena pegang jawatan. Kalau kat sekolah dulu...pernah je pegang duit..sikit je...ratus2 je kot. Tapi untuk pegang duit KEMM...berpuluh2 ribu tuuuuh. Aku tidak bersedia sebenarnya!!!

Dah..takmo cerita banyak...sebab tengah pressure diberi jawatan ni.

.:lorongpandan:.
.:kenapa aku:.

20 March 2011

s a b a r

Bismillah...



Apa perasaan korang? Apabila berlaku macam ni pada korang...

KES 1:

Hampir sebulan aku guna kereta Saga FL kakak aku, Kak Muni dan dia guna kereta SLK (small little kancil) aku. Itu semua gara-gara mahu beri dia peluang untuk mahir dan membiasakan diri memandu..kereta kancil jadi pilihan dia.
Sebagai menghormati tuan punya kereta yang tak rasmikan malah belum lagi melihat keretanya sendiri, plastik seat pon aku biar tak dibuka. Kunun2 nak biarkan tuan dia hidu sendiri bau kedai dan merasmikan dengan membuka plastik tu.

Sehingga suatu masa,aku dan kak muni pun bersetuju untuk menukar semula kereta. Nak dijadikan cerita dan dipendekkan cerita..pada hari mahu tukar kereta, Kak Muni ke Bandar Seremban. Pakir di sebelah bangunan. Selepas urusan selesai dia kembali semula ke kereta dan melihat side mirror sebelah kiri sudah lesap. Aku pun macam nak marah tapi cool lagi sebab aku nak jumpa dia face to face dan tengok dulu keadaan side mirror tuh.

KES 2:

Esok tu bila hari siang, bila aku dah kat ofis baru terperasan plat belakang aku dah terbelah dua tapi ada kesan dah ditampal dengan double tape. Peehhh...dah la side mirror takde. Ni plat pulak ade kesan terbelah. Kakak aku tak bagitau pulak tu...senyaaaaap je. Member (aku) dah mula start nak hangin ni. Bukan apa...kecewa pon ada kot. Selama aku guna..sejak Jun 2008, takda cacat celanya..alhamdulillah. Even kemek pon takda...alhamdulillah. Nauzubillahi min zalik perkara2 tu berlaku. Cuma berpanau jela (cat tertanggal sendiri). Tapi bila kakak aku guna...Ya Allah...


Apa korang boleh buat? Apabila dapat tahu begini...

KES 1:

Aku suh Kak Muni cerita betul2 camne boleh takda side mirror kereta tu. Dia kata, kereta tu dia dah park elok2 kat lorong antara bangunan. Sebelah kiri memang tak muat kalau kereta atau motosikal nak lalu..setakat orang tu boleh la.
Kalau side mirror belah kanan logik kot kalau kereta or motosikal lalu dan terlanggar. Ni belah kiri...seperti yang Kak Muni bagitau..orang je muat nak lalu. Apa boleh buat? Nak marah pon tak boleh..bukan salah kakak aku kot. Benda dah jadi...hurm. Sabau jela.

KES 2:
Bila aku SMS pasal plat belakang patah..Kak Muni cakap masa nak pergi hantar servis, plat tu macam nak tercabut, kemudian ayah nak tampal semula tapi terpatah terus. Adoyaiiii..tersiksa jiwa raga ku. Nak marah tak boleh...ayah aku kot yang buat. Ayah pulak cuba nak betulkan tapi...hurm. Sabau jela.

.:lorongpandan:.
.:redha jela..nak marah pon tak boleh..hurm:.

17 March 2011

j a l a n

Bismillah...

~Tanjung Tuan, Melaka~

Seperti biasa perasaan itu bisa hadir,
tapi seketika cuma,
sesungguh sinarnya tidak kekal,
lambat laun perginya menghilang,
yang akhirnya pasti sendiri lagi.
membuatkan aku terkadang terfikir,
andai benar diri disumpah.
Kembali ke jalan itu,
tak mungkin ia jalan mati,
petunjuk hikmah di depan,
terhalang dek pandangan mata,
terbuka dengan pandangan hati.

.:lorongpandan:.
.:jalan itu kita yang pilih:.

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga