20 March 2011

s a b a r

Bismillah...



Apa perasaan korang? Apabila berlaku macam ni pada korang...

KES 1:

Hampir sebulan aku guna kereta Saga FL kakak aku, Kak Muni dan dia guna kereta SLK (small little kancil) aku. Itu semua gara-gara mahu beri dia peluang untuk mahir dan membiasakan diri memandu..kereta kancil jadi pilihan dia.
Sebagai menghormati tuan punya kereta yang tak rasmikan malah belum lagi melihat keretanya sendiri, plastik seat pon aku biar tak dibuka. Kunun2 nak biarkan tuan dia hidu sendiri bau kedai dan merasmikan dengan membuka plastik tu.

Sehingga suatu masa,aku dan kak muni pun bersetuju untuk menukar semula kereta. Nak dijadikan cerita dan dipendekkan cerita..pada hari mahu tukar kereta, Kak Muni ke Bandar Seremban. Pakir di sebelah bangunan. Selepas urusan selesai dia kembali semula ke kereta dan melihat side mirror sebelah kiri sudah lesap. Aku pun macam nak marah tapi cool lagi sebab aku nak jumpa dia face to face dan tengok dulu keadaan side mirror tuh.

KES 2:

Esok tu bila hari siang, bila aku dah kat ofis baru terperasan plat belakang aku dah terbelah dua tapi ada kesan dah ditampal dengan double tape. Peehhh...dah la side mirror takde. Ni plat pulak ade kesan terbelah. Kakak aku tak bagitau pulak tu...senyaaaaap je. Member (aku) dah mula start nak hangin ni. Bukan apa...kecewa pon ada kot. Selama aku guna..sejak Jun 2008, takda cacat celanya..alhamdulillah. Even kemek pon takda...alhamdulillah. Nauzubillahi min zalik perkara2 tu berlaku. Cuma berpanau jela (cat tertanggal sendiri). Tapi bila kakak aku guna...Ya Allah...


Apa korang boleh buat? Apabila dapat tahu begini...

KES 1:

Aku suh Kak Muni cerita betul2 camne boleh takda side mirror kereta tu. Dia kata, kereta tu dia dah park elok2 kat lorong antara bangunan. Sebelah kiri memang tak muat kalau kereta atau motosikal nak lalu..setakat orang tu boleh la.
Kalau side mirror belah kanan logik kot kalau kereta or motosikal lalu dan terlanggar. Ni belah kiri...seperti yang Kak Muni bagitau..orang je muat nak lalu. Apa boleh buat? Nak marah pon tak boleh..bukan salah kakak aku kot. Benda dah jadi...hurm. Sabau jela.

KES 2:
Bila aku SMS pasal plat belakang patah..Kak Muni cakap masa nak pergi hantar servis, plat tu macam nak tercabut, kemudian ayah nak tampal semula tapi terpatah terus. Adoyaiiii..tersiksa jiwa raga ku. Nak marah tak boleh...ayah aku kot yang buat. Ayah pulak cuba nak betulkan tapi...hurm. Sabau jela.

.:lorongpandan:.
.:redha jela..nak marah pon tak boleh..hurm:.

7 comments:

asrar sufi said...

salam,kelako lah! hak hak..eh erk? sowi..sowi...ku tergelak sambil bahu bergerak gerak..hikhik.

saini1985 said...

memang kena banyak bersabar!! hehe...kejadian tu sesuai ngn hg amy, sbb hg kan penyabar..hihiii

Areefah said...

Sabar...setiap yg berlaku ada hikmahnya...Duit boleh cari,nyawa dan kasih sayang xboleh diganti.. Uhuk2..

(Kalau aku dah ngamuk tu! Hehehe!! Taubat xnak bg pinjam lg. Heheh)

Anonymous said...

kecik punya hal..hehehe

Maksu said...

sarima: cet..hampeh. golakkan den yo!
su: aku penyabaq hg kata? mana dapat

idea tuh?hahaha..penyabaq la saaaangat.

aperd: ayat tak boleh angkat sehh..nyawa dan kasih sayang tak boleh ganti yerk?? ce jadi kat ko...hangin tak?hahaha..

Maksu said...

Anonymous: memang kecik...tapi hati pon turut kecik tau dibuatnya.huhu.
eh jap...nak komen2 ni..perkenalkan la diri.apa daaa..masuk umah orang dah la tak beri salam.kenal pon tak? kot2 nak tinggalkan signature ke...takpe la gak.hehehehe..

Anonymous said...

salam,its me yang..hehe

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga