Bismillah...
Kad cinta daripada team editorial MNS di HQ Shah Alam
Yipppi!!!~ Saya dipilih sebagai yang terbaik untuk bulan Januari dan Februari 2011. Pengunguman dibuat Kak Ina..editor MNS ketika meeting bulanan petang tadi.
Pemilihan dibuat berdasarkan story siapa yang sering keluar pada muka surat MNS1 (front page bagi edisi Melaka/Negeri Sembilan) dan N1 (front page). Bagi bulan Januari ada 10 story aku yang masuk N1 dan MNS1. Bulan Februari pula tujuh sahaja.
Frankly speaking aku tak pernah kejar pon gelaran terbaik itu..dan aku bukanlah rajin mana pun. Aku cuma ghairah bekerja..melakukan kerja yang aku suka! haha. Lagi satu mungkin aku bernasib baik selalu cover story crime dan mahkamah yang pastinya akan menjadi pilihan editor untuk menempatkan story sebegitu pada muka surat hadapan (N1 dan MNS1)..tu pon kalau story menarik la.
Pepon..dalam banyak2 hadiah yang aku terima tadi (takde la banyak mana lima je) aku suka kad yang diberikan Editor MNS, Penolong Editor MNS dan geng2 Sub-Grafik MNS di HQ Shah Alam. Walau hanya sekeping kad tapi aku benar2 rasa terharu dan dihargai yang pastinya akan membuatkan aku lebih bersemangat. Ala..aku bukan apa..yang aku poyo2 sangat gembira dapat kad ni pon sebab dah lama giler kot aku tak dapat kad..kad birthday..kad apa2 ucapanlah. Kalau kad jemputan kawin tu memang selalu sangat la kan. Yang lagi buat terharu..kata2 yang ditulis geng2 MNS di HQ Shal Alam ni. tak tau nape...mula la air mata tu nak menitik..wakakaka (well aku kan miliki hati balada). brutal la konon..cet!
.:lorongpandan:.



No comments:
Post a Comment