::MELUAHKAN PERKATAAN GAMBARAN HATI, MELAHIRKAN BAHASA LUKISAN BUDI, MENZAHIR KELAKUAN PERHIASAN DIRI::
10 October 2011
p o s i t i f
05 October 2011
P T P T N
22 September 2011
M a s t e r
Baru-baru ni..ibu suruh sambung study gara-gara aku tak kawin2 lagi..hahaha. Alasan itu memang tak bleh angkat seh. Kalau ibu nak sponsor..apa salahnya ye dak?? Tapi aku demand sikit la..nak sambung kat oversea nun. Nak bawa diri..bawa hati yang lara. ecececeh..lara la konon.
Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan..memandangkan ibu sering buat follow up check up di HKL so rasa macam susah je nak sambung kat overseas hatta duduk bekerja di overseas..selagi belum berkahwin. (Ibu pernah kata..kalau dah kawin kene la ikot mana suami pergi.so gamaknya kene la duk dekat2 dengan ibu selagi belum kawin ni). Kawin ke tak kawin ke..itu belakang kira. Payah nak plan bab kawin ni sebab melibatkan orang lain yang digelar lelaki..kekeke.
.:Jika tidak 'menjadi' bermakna tidak diizinkanNya:.
14 August 2011
Jelajah Kebajikan KEMM


01 August 2011
Ramadan menjengah kembali
Bismillah...
Alhamdulillah…ramadan kariim menjengah lagi. Dan sekali lagi kita masih berkesempatan menghayati dan diberi peluang untuk memanfaatkannya. Sejak menyertai dunia kewartawanan, susah sekali untuk penuh terawih yang datang hanya sekali setahun selama sebulan. Sudahlah orang perempuan diberi kelonggaran Allah untuk tidak bersolat apabila sampai masanya pada setiap bulan, ditambah pula dengan ponteng apabila penat, banyak mana la terawih yang dibuat. Itu baru terawih, amalan seperti tadarus al-quran serta amalan sunat yang lain…yang sepatutnya banyak dilakukan dalam ramadan juga tak dibuat2. Nampak sangat kita mudah kalah dengan permainan dunia kan kan? Amirah! Amirah! Rebutkan apa yang ada dalam ramadan Amirah..rebutlah kelebihan yang ada dalam ramadan Amirah..rebutlah ganjaran dan pahala yang ada dalam ramadan Amirah.
Semoga Amirah mendahulukan amalan baik bekalan akhirat yang sepatut direbut, daripada amalan baik hanya berbentuk duniawi semata-mata. Dan tetapkanlah pendirian Amirah dalam perkara2 kebaikan. Aminn.
18 June 2011
Jangan Mengalah
17 June 2011
p e n g a s u h
Bismillah...
Sedang2 ibu tak berapa sihat..Angah (abang ipar) mintak aku datang umah dia..jaga anak2 dorang. Perjalanan balik ke Tampin dari Melaka (keje rini..cancel AL) dibatalkan..destinasi bertukar pula ke Rembau.
First time tengok ibu mengandung (kak ET) sakit2 nak beranak. Masa sampai umah dorang..angah n kak ET sibuk2 mengemas barang2 nak bawak ke Hospital Seremban. Kejap2 kak ET rasa sakit perut n kawasan yang berkaitan. Masa kemas2..sebaik Rayyan tengah tido..mudah sikit keje mengemas barang bawak masuk kereta. Kalau tak budak kecik tu mesti dah standby masuk kereta nak ikot sama.
Tapi tah macam mana Rayyan boleh terjaga pulak..hasrat untuk terus bergerak ke hospital di tanggunhkan sehingga dia tido. Tapi sekecik tu makin segar dan aktif pulak dia. Masa kak ET rasa dia dah tak boleh tahan...maka bermulalah aksi dan drama rakyat aku..haha. Mula2 umpan dengan kamera..amik gambar dia dalam bilik..tapi tak dapat lama dia mula keluar ke ruang tamu. Gamaknya terpaksala umpan dengan coklat...bawak Rayyan ke dapur..peti ais dibuka..buat2 cari coklat dan masa itu digunakan untuk kakak dan abang ipar aku 'melarikan diri'
Bila sedar ummi dengan abi dia takde..ape lagi meraung la Rayyan. Setiap bilik dia check sambil pimpin tangan aku. Dia tinjau porch tengok kereta abi dia dah takde...lagi sedih dia.
Rayyan yang masih tak pandai bercakap tu boleh suruh aku pakai tudung...pastu cari kunci kereta aku (sebaik dah sorok). Komunikasi antara aku dan dia semua dalam bahasa dia dan aku faham.
Last2..aku switch on kipas lelaju..dukung Rayyan..walaupun tangan dia asyik mengarahkan ke pintu..aku watdek. Masa ni digunakan untuk cuba menidurkan dia..ditambah dengan kemerduan suara yang kalau masuk AF, Mentor gerenti terkeluar masa uji bakat. Alhamdulillah..walaupun tak merdu mana..tak gemersik mana suara ni..tapi bisa buat Rayyan mengantok.haha. Pemilihan melody yang penting. Lagunya?mestilah bukan lagu yang mengarut!
Hal Rayyan settle..Kak Long Tasnim pulak. Dia demam sebenarnya..tidur pon asyik terjaga. Entry ni dibuat pon semasa baru lepas bawak Kak Long buang kecil dan tuam badan dan kepala dia.
Gambar yang diambil di atas sekitar jam 5 pagi. Dan ketika ini..ummi mereka sudah selamat melahirkan adik mereka. Bertambah lagi seorang ahli keluarga. Alhamdulillah.
.:lepas ni berhenti keje bukak nursery lah:.


