Yeahhh!!! Cuti 11 hari! Akhirnya bercuti lama. Ala..ini pon gara2 cuti tahun yang tak boleh carry forward. Maka kami diarahkan untuk habiskan cuti tahun..kalau tak..terbakar! (burned)
Perancangan awal, aku mahu ke Pulau Aman, Penang.. mungkin seorang diri jika tiada siapa berminat untuk menyertai. Kenapa Pulau Aman? Sebab aman itu yang ku mahukan. Dah survey...dan lokasi di sana adalah yang selalu aku harap2kan. Tapi tak tau la betul ke tidak..so kalau nak tahu..kena la pegi pulau tu dulu. Ye dak?
Tapi...kita merancang Allah yang menentukan. Maksu ajak pergi Langkawi pulak. "Hotel paksu belanja...flight ticket kamu bayar sendiri la," kata Maksu. Sebelum bersetuju..macam2 aku fikir..pro n contra. Kepuasan mungkin tak sehebat mana tapi kalau bab RM$$$ memang aku banyak untung. Mana taknya..makan sure ditanggung, penginapan pula awal2 dah diberitahu paksu belanja. Mana2 tempat kemasukan yang berbayar..berkemungkinan tinggi paksu juga yang tanggung..hehe. Tapi perlu ke pandang tu semua, sedangkan tiada kepuasan diperoleh?? (yela berjalan dengan orang2 dah besar ni tak sama dengan berjalan dengan kawan2...tol tak?) Perlu juga kot..haha. Tapi apa yang lebih meransang keputusan aku adalah pujukan maksu. Jadi aku fikir tak mengapalah mengalah demi melihat wanita itu selesa dalam percutiannya (walaupun hanya 2 hari 3 malam).
Lagi berita gembira apabila bayaran flight ticket ditanggung Along..." Yahoooo...emi doakan ko murah rezeki..amin," sms Along aku balas. Along kata..anggap dia bayar balik kos aku hantar ibu ke HKL tiap kali rawatan susulan. Ni yang buat aku tambah sayang kat dia. Tak pernah abaikan tanggungjawab. Siapa punya abang??? Siapa adik dia??? Korang ade ker??? hahaha (woit2 tak baik berlagak...Astaghfirullahalazim).
.:repah:.
.:rezeki itu datang dari Allah..syukurlah:.



2 comments:
nak jugak arr camtuh..ngeh ngeh ngeh..=)
ape yang ko nak?huhu..
Post a Comment