Bermula apabila hari dah malam..then maksu minta aku yang drive memandangkan mata paksu tak berapa bagus untuk drive memalam. Keesokan harinya,..paksu minta aku drive lagi sebab dia perlu jawab banyak panggilan phone (urusan kerja). Dari perbualan paksu dan maksu..baru aku tahu ada loji terbakar kat Sarawak. Tula manager...kalau bercuti macam tak cuti. Tapi sebelum tu sempat maksu berbisik..."abis la ko..paksu gunakan ko," aku tersenyum..maksu jua tersenyum. Tak kesah pon sebenarnya. Ala..setakat jadi driver kat Langkawi...drive pulak kereta auto..takde hallah. Nak berkira apa pulak..ye dak? paksu dah keluarkan belanja banyak pon. "Takpe maksu..nanti emi 'pau' ar paksu lagi," aku berkata sambil angkat kening.
Ke Langkawi pada 21 Disember...tiba di airport Langkawi kira-kira 5.30 petang. Sewa kereta dari syarikat abang Akma (member aku kat USM). Menginap di Sheraton Beach Resort. Hari-hari masuk kami borong kat kedai Haji Ismail Group (HIG)..kedai paling famous kat Langkawi aku kira. Aku layan je..sebab boleh coklat banyak2. Ibu awal2 dah kirim senduk (senduk silver yang berukir). Ade jugak kawan2 yang kirim coklat termasuk Pegawai Pendakwa kat mahkamah. Minyak gamat...aku tak beli..takde hati nak beli pon. Tapi aku tengok pinggan mangkuk..murah2. Sebaik tak bawak kereta sendiri..kalau tak memang banyak kena sambar. haha.
Pagi 22 Disember...lepas subuh aku dah terpacak tepi pantai kat resort..ditemani Nurul. Layan sunsrise la..apa lagi? Tapi tak dapat matahari bulat pon..kecewa jugak dibuatnya. So, apa yang ade jela aku shoot.
Kami tak jalan banyak tempat pon..tapi naik cabel car memang best. Memang berbaloi la beratur panjang selama dua jam sebelum naik kat atas nun. Sementara tunggu kaunter dibuka jam 12..kami g jenguk tujuh telaga dulu. Tujuh telaga la sangaaat..kami hanya singgah di air tejun je. Tak larat la nak naik tinggi2 tu. Cukup la layan jiwa dikelilingi kehijauan alam dan bunyi air terjun yang subhanallah. Aku, maksu ngan Nurul je duduk lelama kat air terjun tu. Paksu..lepas 10 minit, bergerak ke kereta..perlu online (kerja).
Pagi 23 Disember. Kami check out awal. Dalam pukul 9 lebih gitu. Pergi breakfast dekat2 ngan pekan pantai Chenang..kemudian ke Underwater World. Coklat2 kami tumpang di sebuah kedai makan..takut cair..hehe. Lepas tu kami ke Kuah...shopping lagi..haha. Tapi sebelum ke sana..sempat kami singgah ke Makam Mahsuri. Tak masuk pon..jenguk makam tu. Bukannya ada apa pun kan. Kami g jenguk kedai2 kat luar makam tu..haha. Sempat aku beli kain pelekat untuk ayah dan atok. Sepanjang pergi dan balik dari makam tu memang best..sebab permandangan keliling adalah bukit2 dan bendang dengan padi yang dah nak masak. Tapi suasananya (tidak termasuk sawah padi) dah rasa macam kat Rembau jee..haha. Sebelum ke airport..kami singgah makan kat pekan Kuah. Pukul 8.55 malam kami terbang ke LCCT dan di sana Angah Dino, Kak Et, Tasnim dan Rayyan dah sedia menunggu.
** Gambar tak dapat nak upload sebab line broadband semput di Repah ni.
.:repah:.
.:lari dari kerja:.



2 comments:
Kesian ko...tak bley upload gamba.. cekpak yo berokban ko tu..heheheh!!!
tu sebab aku tak berapa berkenan duk lama2 kat tampin ni. tapi sehingga hari ni..masuk hari kelima aku masih boleh bertahan.sebab esok aku dah stat balik melaka dan boleh upload gambau. yippi!haha..
nak update blog ni pon banyak kli try..then baru lepas.haha
Post a Comment