03 January 2011

Cikgu Amirah??

Bismillah...

Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahbudin bersalaman dengan KM ketika beliau membuat kunjungan mengejut ke sekolah itu.


Hari ni mula sesi persekolahan untuk tahun 2011. Agak teruja juga nak cover assignment murid tahun 1 ni. Mesti best dapat tengok ragam2 dorang dan capat jugak aku imbau zaman sekolah rendah aku dulu.

Kene cover dua buah sekolah yang Tok Ali pergi (tok ali = Datuk Seri Mohd Ali Rustam). Kul 7.30 pagi aku dah sampai kat sekolah baru..betul2 baru siap bina, SK Tun Syed Ahmad Shahbudin (SKTSAS), Taman Tasik Utama Ayer Keroh. Sampai2 je Tok Ali dah terpacak kat pintu gate..dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan beberapa orang yang tak berapa nak VIP la. Ape lagi terus la keluarkan senjata (kamera).

Part paling best bila masa assembly..sebab ramai yang duk panggil aku cikgu. Walaupun aku tak suka jadi cikgu tapi bila mulut mongel dengan suara comel memanggil aku cikgu baetul2 buat aku tersentuh dan tersenyum lebar. Luruh jantung sekejap..memang boleh cair. Tetiba mengalir perasaan nak jadi cikgu time tu jugak! haha. Tapi sebaik aku boleh tahan lagi.

"Cikgu..cikgu..ade muntah tepi tu cikgu," kata salah seorang murid tahun 2 apabila dia melihat aku seolah2 tidak perasan muntah tu dekat dengan aku masa aku kusyuk tekan shutter.

"Cikgu...cikgu amik gambar yea".

Lepas selesai shoot beberapa shot kat sekolah tu..aku 'lari' ke lagi satu sekolah yang baru juga siap bina, SK Kg. Tun Razak (SKKTR), Bukit Katil. Aku sampai lewat kat sekolah tu gara-gara leka shoot kat SKTSAS. Sampai kat tapak assembly..Tok Ali tengah bagi PC kat press. Apa yang dapat jela aku tulis kat note pad. Kejap lagi Bluetooth saja apa yang member record from HP..mudah kan? (haha..kadang2 teknologi ni akan menyusahkan kita juga..kadang2 tidak).

Selesai PC..seseorang tegur aku. Cikgu Thania rupenya..sebelum ni dari SK Jalan Dato Palembang..dah tukar sekolah baru..dekat dengan rumah katanya..tapi malang kena ajar darjah 1. Tak sangka dia masih ingat aku lagi padahal dah lama tak jumpa tak aku tak sure last jumpa bila. Jumpa sebab hal sekolah die dulu.

Tapi yang buat aku terkejut bila dia kata.."awak dah bersalin yea..hari tu akak rasa awak pregnant kan?" Terkujat aku dibuatnya...mana dia dapat idea tu. Aku cuba amati mukanya..kot2 la dia nak melawak ke..tapi tak pulak. Time tu..sempat juga aku sentuh perut..cuba nak rasa kot2 perut aku dah berubah bentuk fizikal dan luarannya. Hmm...takde pulak. Tapi bila diingat-ingatkan semula ayat kak Thania tu..i wish it will be come true. Having children...sapa taknak wehhh? Malah aku dah buat plan B dah untuk mempunyai anak..kalau ditakdirkan aku tidak bernikah..huhu..(macam menyerah kalah sebelum mencuba pon ade gak rasanya ni).

Aku tak duduk lama kat sekolah SKKTR. Amik beberapa keping je...boleh dikira dengan jari la shot aku tuh..huhu.

Disebabkan rasa malas dah singgah dalam diri..maka pergi la aku cari kedai makan berasama Ain itupon selepas kami buat keputusan takmo beratur panjang dengan adik2 yang tengah beli makanan di kantin. Lepas agak2 dah kenyang...balik la aku ke office untuk ketuk story!

.:lorongpandan:.
.:sekali pandang macam cikgu..dua kali pandang?.:

No comments:

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga