Hari ni off..aku pilih off hari ni dan esok semata-mata mahu menghadiri perbicaraan di mahkamah berhubung kes cabul (354 Kanun Keseksaan). Aku buat perangai pergi mahkamah hari ni macam hari biasa bekerja. Pukul 10 baru nak gerak dari rumah. Memang la aku duk mencari sapina tah mana2 aku taruk tapi bila dah jumpa sapina tu..bolehla pulak bermalas-malasan..huhu. Sudahnya sampai mahkamah..En. Arizam (anggota polis yang jaga Mahkamah Majistret 1) kata tangguh esok sebab saksi tak datang.
"Er..sayalah saksi," sambil tunjuk sapina.
"Ooo ye ke..awak salah seorang saksi, yang lain2 semua tak datang".
Fuh lega..takde la rasa bersalah sangat aku. Yela risau gak perbicaraan tangguh sebab aku. Tapi rupa2nya 6 ke 7 orang saksi lagi tak datang.
Masa on the way ke pejabat Tuan Jo (pegawai pendakwa)..aku dapat sms dari tuan jo.
"Kes cabul tangguh esok kalau tak datang saya mintak waran tangkap".
Halamak...telan air liur aku baca sms tu. Waran tangkap?..mimpi ngeri! Meroyan ibu aku nanti kalau polis datang ke rumah kali kedua. Hari tu masa polis datang dengan kereta polis hantar sapina kat rumah tampin pon ibu dah mula pitam. Inikan pulak nak gari aku. Waduuuuh. Gamat nanti nih.
Sampai pejabat pegawai pendakwa..sebaik Tuan Jo ada situ.
"Ha apsal awak lambat?," aku sengih sambil jawab duk cari sapina tak jumpa.hehe.
"Esok awak tak datang saya minta mahkamah keluarkan waran tangkap awak," katanya dengan nada bergurau seperti biasa. Duk sembang pasal kes ni..dari situ aku dapat tahu OKT (tertuduh) pasang 3 lawyer. Gila banyak ..kaya betul driver teksi tuh. Aku jadi kecut pulak bila dengar nama Rengganathan dan Markal Singh..peguam bela OKT. Adohai...risau pulak kalau dorang putar belit cerita then aku tergagap nak jawab..huh!
Masa kat mahkamah...dapat sms dari kawan2. Datuk Hidhir (adun merlimau) sedang nazak di Hospital Putra. hmm..sebaik off hari ni...kalau tak mesti dah kena standby kat hospital..berkampung!..huhu.
.:lorong pandan:.
.:sapina adalah waran kepada saksi/arahan mahkamah kepada saksi untuk hadir perbicaraan:.



4 comments:
asal ko kena jadi saksi?nie aq dh blur
masa tu..majikan die call sinar.sbb tak buat repot polis lagi aku g la bawak mangsa buat repot polis.sebab aku orang yang jumpa die selepas kejadian jadi keterangan aku turut diambil polis.dan dijadikan saksi kes.yela masa aku interview mangsa pegawai pendakwa n peguam nak tau mangsa dalam keadaan cane.yela kalau mangsa tak sedih atau menangis..ibarat mangsa reka cerita la.huhu
oo..ok2..phm2..he3
aku merinduimu adik
Post a Comment