Bismilllah...
Eye On Melaka, Persisir Sungai Melaka

Semuanya bergerak cepat seperti mahu apa yang aku fikirkan dilakukan saat itu jua tanpa menunggu. Namun, siapalah aku untuk mempercepatkan apa yang dimahukan
Otak ligat, dada sesak, jantung dipam deras, darah terasa hendak keluar membuak-buak. Semuanya bagai tegas untuk memaksa diri membuat perkara yang aku rasa ramai yang tidak akan setuju jika aku beritahu. Semakin difikir semakin sakit dibuatnya saraf dan saluran darah dek kerana terpaksa menyembunyikan apa yang dirasa, apa yang difikir, apa yang dimahu.
Sesuatu yang boleh dilakukan tapi sangat pelik dalam kalangan orang kita disebabkan jarang-jarang saaaaangat orang kita buat. Apabila diceritakan secara bersahaja...secara umum kepada mereka yang terpilih, ada yang berkata "banyak masa lagi", "bersabarlah", dan semua jawapan yang ditadah telinga seakan tidak menyokong 100% tindakan yang bakal aku ambil.
Plan A tak menjadi..plan B mesti diteruskan..mesti..mesti (owh semakin nekad nampaknya). Hmm..aku perasan ada calon yang dirasakan sesuai untuk membantu menjayakan plan B, tapi...masih ada persoalan. Persoalannnya mampukah aku menyatakan plan B aku? Setujukah dia? pasti dia kata aku gila! aduuuuh..boleh stress dibuatnya pabila memikirkan plan B ni.
Ya Allah...permudahkanlah urusanku. Yea..istikharah amirah..istikharah!
.:lorongpandan:.
.:2puluh6 pencetus plan B:.



5 comments:
smga dipermudahkan sgla urusan dan hal dan apa yg patut..
aminn..terima kasih!
mereka2 xsetuju ke dgn plan ko tu?
ko mungkin setuju iera tapi yang lain semuanya kata...banyak masa lagi,jangan cepat sangat putus ada, jangan cepat sangat buat keputusan.hmm..ntah la iera..huh!
memangla aku setuju..tapi nie kan life ko..ko yg berhak tentu kan...sabar la ek...ade la tu nanti..wokeh laling
Post a Comment