28 November 2011

Peluru hidup

Bismillah...

Hasil bidikan Pistol Walther P99 AS-9MM dan Revolver .38IN SPL dengan jarak sejauh 15 meter.

Jumaat lepas...buat kali pertama seumur hidup aku memegang, menembak menggunakan pistol betul dengan peluru hidup. Cuak tu memang la cuak..lagi2 bila penganjur asyik duk ingatkan aspek keselamatan. Maun tak cuak..kami guna peluru hidup..silap haribulan ade cedera,maut..tak ke payah Ketua Polis negeri nak menjawab.

Peluang yang aku peroleh ni diberi Para polis IPK Melaka dalam Majlis Mesra PDRM Melaka bersama Media.

"Kalau dah memang itu rezeki kita Allah nak bagi..memang kita akan dapat walau bagaimanapun caranya". Aku tulis begini kerana, aku hampir2 tidak dapat menyertai program ni gara-gara nama tiada dalam senarai. Agak kecewa jugak la mula2 tu sebab Sinar Harian media pertama fax borang penyertaan ke IPK dan dah dimaklumkan kepada PRO..sudahnya nama aku yang takde. Tapi akhirnya namaku disenaraikan apabila aku menggantikan Abg Raffi (Astro Awani) yang demam. Maka masuklah aku ke dalam kumpulan yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Suprintendan Raja Shahrom Abdullah juga diserta Inspektor Silvestor dan Abg Meor Ridhuan (reporter Harian Metro merangkap jiran depan rumah).

Ada dua kategori. Pertama, menembak menggunakan dua senjata jenis pistol walther dan revolver dari jarak 15 meter. Kedua menembak piring besi (Falling plat) dari jarak 10 meter. Kumpulan aku johan bagi kategori kedua (falling plat) mengalahkan kumpulan yang diketuai KP, Datuk Chuah Ghee Lye. Bagi kategori pertama pula kami hanya memperolah kedudukan naib johan. Maka dengan itu berpeluanglah aku membawa balik medal, piala dan hamper..hehe.

.:lorongpandan:.
.:mungkin ini peluang sekali seumur hidup menembak dengan peluru hidup:.

No comments:

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga