24 December 2011

T e r h a r u

Bismillah...

Aku terharu sebab kredit/byline pada story yang aku buat semalam...keluar hari ini dalam web page sinar. Nama dalam online memang sukar nak tengok dalam sinar. Jarang sekali. Kalau story dalam paper tu biasa dah la tu. Kiranya terasa berbaloi buat kerja semalam. Dah la tak tidur malam sebelumnya tu (gara-gara menyiapkan laporan kewangan KEMM). Rasanya ade dua jam lebih aku lelap mata (tidur lepas subuh)..lepas tu dapat call dari Abg Rosli (kosmo) kata "pegawai kastam kena tembak. Sekarang kat unit kecemasan..lagi setengah jam pengarah nak buart pc (Press Conference) kat hospital". Maun tak melompat aku terus cari 'bilik termenung'. Ibarat mandi tak basah pagi tu..haha. Dah macam orang bercinta la pulak mandi tak basah. Maksud aku..tak dapat lelama dalam 'bilik termenung'..then cari baju yang tak perlu ion (t-shirt labuh) dan tudung tak perlu ion (tudung kaktus dari https://www.facebook.com/tudungnur --siap promot pulak). Lepas kat hospital...g lokasi kejadian pulak di Tanjung Minyak, Bukit Rambai yang jaraknya dalam 15 minit dari hospital. Pastu ke kawasan town..Banda Hilir pulak..amik gambar mugshot kat pejabat. Tiga lokasi untuk satu story. Macam gigih la pulak. Tapi tu pon sebab terikot sama kerajinan Abg Ros sebagai wartawan kosmo yang biasanya akan buat story sedetail detailnya.

Demikianlah ksah kali ini setelah dah berapa lama tak update blog yang dah semak dengan sawang.

Sila le link ini jika nak baca story aku..kekekeke http://www.sinarharian.com.my/jenayah/pegawai-kastam-cedera-ditembak-1.14428

No comments:

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga