Tanpa menunjukkan slip keputusan si anak terus menjawab dengan yakin "Ada. Mestilah ada. Insyaallah ada," kata si anak bongsu itu meskipun belum pasti lagi di mana tempat untuk menyambung pelajarannya.
Si anak menarik nafas lega kerana tidak dimarahi dan bersyukur ibunya tidak melihat slip peperiksaan yang tidak cantik langsung!
Ini dialog dan kejadian yang benar2 berlaku 10 tahun lalu.
Ya, sampai sekarang ibu tak pernah lihat slip keputusan SPM aku.
#Spm2002 #ResultSpm2003 #KeputusanSpm2003
-------------------------------------------------------
Nak minta kerja..dorang tengok result SPM..tak kira lah dah ada Diploma, Degree, Master. Nak sambung belajar..dorang nak jugak salinan result SPM. Tengok..kan dah cakap susah duduk Malaysia ni..semuanya nak tengok result SPM. Dah la result 'terlalu cantik'. Mana tempat nak terima sambung belajar?! Siapa nak ambil bekerja!?
#Spm2012 #ResultSpm2013 #KeputusanSpm2013 #Belenggu
-------------------------------------------------------
Walaupun SPM segala-galanya di Malaysia tetapi ia tetap tidak boleh melangkaui segala-galanya dari Allah. Biarpun result teruk..biarpun tiada A..jangan biarkan jatuh tidak bangun2. Bangunlah dan buka 'buku baru'. Jangan putus asa untuk belajar lagi dan lagi dan lagi. Gagal di sekolah tidak bermakna akan gagal di universiti. Gagal di sekolah tidak bermakna akan gagal di tempat kerja.
Teruskan langkah ke depan. Pasang niat dan bina matlamat! Matlamat ok bukan Mat Lamat. Dan berdoalah! Hanya dengan izinNya, matlamat itu, apa yang dicita-citakan itu pasti diperoleh. Yakinlah dengan kerjaNya.
Eh, come on la..ada orang tu dulu SPM pangkat dua tapi sekarang jadi Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Melaka. Ada juga orang tu..Tan Sri Syed Mokhtar tu tak mengaji kat universiti pon tapi jadi jutawan jugak. Bak kata Ketua Biro Sinar Harian Melaka/Negeri Sembilan.."saya yang dapat grade 1 pon masih belum jadi jutawan atau hartawan".
Bagaimana saya? Saya punya result memang geleng kepala...SPM tiada A. Lagi sedih apabila dua subjek agama pon tidak A sedangkan saya belajar di sebuah sekolah agama. Tapi saya ada cita2. Saya mahu jadi wartawan. Alhamdulillah..biiznillah..saya menjadi apa yang saya inginkan sejak 11 tahun dahulu. Kini sedang memyambung pelajaran secara sambilan di peringkat Sarjana.
Nah, apa yang mahu diberitahu adalah hidup ini rahsia Allah. Kita pulak jangan berhenti belajar, jangan berhenti mengejar cita2 diiringi doa dan SOLAT JANGAN TINGGAL.
Tapi bila dah berjaya, jangan sombong! Kita manusia biasa mudah sangat syaitan nak goda. Maka..doalah supaya tidak lupa diri..teruskan berdoa supaya istiqamah rendah diri. Dan beringatlah semua ini pinjaman semata.

.:lorongpandan:.
.:peperiksaantakkanpernahtamat,hidupjugasebuahpeperiksaan:.

No comments:
Post a Comment