13 July 2013

Berdosa

Bismillah...

Alhamdulillah..akhirnya aku update blog ni..dan kali ni mudah sikit hanya melalui handphone sahaja. Alhamdulillah..sekarang jua kita berada dalam bulan Ramadan Kareem.

Ramadan pertama sahaja..aku sudah diuji dengan hal berkaitan kerja. Mujur aku punya team kerja (bos) yang memahami. Ramadan kedua aku diuji lagi apabila demam sudah sampai puncak. Jika sebelum ini setakat sengal2 sendi, tekak dan mata panas. Tapi jika sudah tangkap bahagian kepala memang aku surrender. Nak pula penyakit wanita itu datang (sakit berpakej). Di mahkamah aku sudah tidak keruan menahan sakit perut dan kepala yang berdenyut. Lepas dapat kes aku terus balik rumah. Ke klinik? Tak rajinlah! Nak drive balik ke rumah ni pon kalau boleh terbang..aku nak terbang saja. Mc? Tak guna Mc kalau kena anta story. Kerja berdua sahaja dengan Abg Jeff..kesian pulak Abg Jeff kerja sorang2 nanti. Dah la ada anak..wife dalan pantang lagi pulak tu. So aku nekad balik umah buat keje sambil tido..haha..korang mampu buat kerja sambil tido? Eh ni bukan ada bela2an ok..jauh sekali hantu raya. Ni namanya buat kerja sambil sedar ke tak sedar..haha. Apepun..'powerpuffgirl' memang dah tak power dah!

.:lorongpandan:.
.:sakitpenghapusdosakecil:.

No comments:

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga