28 November 2011

Peluru hidup

Bismillah...

Hasil bidikan Pistol Walther P99 AS-9MM dan Revolver .38IN SPL dengan jarak sejauh 15 meter.

Jumaat lepas...buat kali pertama seumur hidup aku memegang, menembak menggunakan pistol betul dengan peluru hidup. Cuak tu memang la cuak..lagi2 bila penganjur asyik duk ingatkan aspek keselamatan. Maun tak cuak..kami guna peluru hidup..silap haribulan ade cedera,maut..tak ke payah Ketua Polis negeri nak menjawab.

Peluang yang aku peroleh ni diberi Para polis IPK Melaka dalam Majlis Mesra PDRM Melaka bersama Media.

"Kalau dah memang itu rezeki kita Allah nak bagi..memang kita akan dapat walau bagaimanapun caranya". Aku tulis begini kerana, aku hampir2 tidak dapat menyertai program ni gara-gara nama tiada dalam senarai. Agak kecewa jugak la mula2 tu sebab Sinar Harian media pertama fax borang penyertaan ke IPK dan dah dimaklumkan kepada PRO..sudahnya nama aku yang takde. Tapi akhirnya namaku disenaraikan apabila aku menggantikan Abg Raffi (Astro Awani) yang demam. Maka masuklah aku ke dalam kumpulan yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Suprintendan Raja Shahrom Abdullah juga diserta Inspektor Silvestor dan Abg Meor Ridhuan (reporter Harian Metro merangkap jiran depan rumah).

Ada dua kategori. Pertama, menembak menggunakan dua senjata jenis pistol walther dan revolver dari jarak 15 meter. Kedua menembak piring besi (Falling plat) dari jarak 10 meter. Kumpulan aku johan bagi kategori kedua (falling plat) mengalahkan kumpulan yang diketuai KP, Datuk Chuah Ghee Lye. Bagi kategori pertama pula kami hanya memperolah kedudukan naib johan. Maka dengan itu berpeluanglah aku membawa balik medal, piala dan hamper..hehe.

.:lorongpandan:.
.:mungkin ini peluang sekali seumur hidup menembak dengan peluru hidup:.

26 November 2011

Setenang bayi

Bismillah...





Pilu di hati

Bismillah...

~My nephew, Ahmad Rayyan in action~
Entah...tak tahu sebab apa tapi suasana petang ni betul2 memberi kesan pada diri. Tak tahu kenapa tiba2 rasa sebak..sedih. Lagi2 bila tengok gambar2 kawan2 yang ramai dah berumah tangga dan kemudian terlayar zaman kami bersama dahulu. Pabila baca pulak status FB seorang rakan media Melaka yang akan berhijrah ke KL..laaaagi menjadi2 sayu dan hiba di hati.

.:melakaraya:.
.:andai masa boleh dikembalikan semula:.

10 October 2011

p o s i t i f

Bismillah...

Masih belum tidur ketika ini. Sedang mendengar Youtube..rakaman segmen Prof Muhaya di Ikim.fm..mendegar mana2 tajuk yang tak berkesempatan untuk didengari sebelum ini.
Kini..segmen dengan prof la kalau boleh taknak tertinggal..setiap hari rabu jam 10 pagi. Kalian patut dengar..dan kalian takkan pernah menyesal mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut pakar mata itu. Percayalah!

.:lorongpandan:.
.:membentuk diri,pemikiran positif:.


05 October 2011

P T P T N

Bismillah...

Semakin serabut fikiran dibuatnya apabila apa yang dihadapi ketika ini nampak seperti tidak boleh diselesaikan cepat seperti yang dijangka. Anggapan bahawa Makjang boleh membantu nampak gayanya tidak kesampaian. Malas rasanya nak menyuarakan kepada ibu dalam keadaan ibu berhasrat mahukan aku menyambung study peringkat berikutnya.

Kalau aku kaya raya...dah lama settle perkara ini. Owh..benci PTPN.huhu.

.:lorongpandan:.
.:sebelum tidur, bangun tidur, setiap masa memikirkannya:.

22 September 2011

M a s t e r

Bismillah...

Baru-baru ni..ibu suruh sambung study gara-gara aku tak kawin2 lagi..hahaha. Alasan itu memang tak bleh angkat seh. Kalau ibu nak sponsor..apa salahnya ye dak?? Tapi aku demand sikit la..nak sambung kat oversea nun. Nak bawa diri..bawa hati yang lara. ecececeh..lara la konon.

So..sekarang dah mula riki2 lokasi dan program yang hendak diambil. Bila nak sambung tak confirm lagi. Biar masa yang menentukan. Seperti biasa riki2 dulu...bila rezeki depan mata..rembat jelah..hehe.

Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan..memandangkan ibu sering buat follow up check up di HKL so rasa macam susah je nak sambung kat overseas hatta duduk bekerja di overseas..selagi belum berkahwin. (Ibu pernah kata..kalau dah kawin kene la ikot mana suami pergi.so gamaknya kene la duk dekat2 dengan ibu selagi belum kawin ni). Kawin ke tak kawin ke..itu belakang kira. Payah nak plan bab kawin ni sebab melibatkan orang lain yang digelar lelaki..kekeke.

Perancangan hidup selepas umur 25 tahun..nampak gayanya tak menjadi. So aku dah kene rangka plan baru. Aku tak tahu..kalian biasa atau tidak buat plan hidup..tapi aku dah mula rangka kehidupan aku ketika usia 16 tahun. Apa yang aku inginkan sehingga 25 tahun..setakat ini menjadi. Bagaimanapun beberapa perancangan selepas umur 25 tahun..ada yang tak menjadi..pendek cerita..Allah tak izinkan. Mungkin kerana tak berusaha bersungguh2 kot.

Full time ke..part time ke. Dalam Malaysia ke..luar Malaysia ke. Tahun depan ke..dua tahun depan ke..semua tu tak leh nak pilih lagi. Semoga amirah diberikan pertunjuk dan dipermudahkan dalam membuat keputusan. Amin.

.:lorongpandan:.
.:Jika tidak 'menjadi' bermakna tidak diizinkanNya:.

14 August 2011

Jelajah Kebajikan KEMM

Bismillah...


Jelajah Kabjikan KEMM’ anjuran Kelab Media Massa Melaka (KEMM) yang diadakan pada 7 Ogos lalu sempena bulan Ramadan dan kemerdekaan. Program membabitkan penyerahan bantuan berupa makanan dan wang kepada Ahli KEMM yang uzur dan rumah anak-anak yatim serta rumah orang-orang tua di sekitar daerah Jasin dan Melaka Tengah. Kira-kira seramai 120 orang terlibat termasuk Ahli KEMM, pegawai dan anggota polis Bahagian Trafik Jasin dan Melaka Tengah dan Ahli Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Melaka/Johor.



Sebahagian bikes yang menyertai konvoi 'Jelajah Kebajikan KEMM

.:lorongpandan:.
.:antara konvoi yang best:.

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga